Transit Aliran Ringan Edmonton
Transit Aliran Ringan Edmonton

Transit Aliran Ringan Edmonton

Transit Aliran Ringan Edmonton (bahasa Inggeris: Edmonton Light Rail Transit), juga dikenali sebagai LRT, adalah sistem rel ringan di Edmonton, Alberta . Sebahagian daripada Perkhidmatan Transit Edmonton (ETS), sistem ini mempunyai 18 stesen di dua laluan dan landasan sepanjang 24.3 km. Sehingga tahun 2018, LRT Edmonton adalah salah satu sistem transit aliran ringan yang paling sibuk di Amerika Utara, dengan lebih 110,000 penumpang pada hari Isnin-Jumaat, dan telah berkembang dengan pesat sejak kebelakangan ini. ETS mula mengoperasikan laluan asal LRT ini pada tahun 1978, dikembangkan pada tahun 2010 menjadi Laluan Capital, dari Clareview di timur laut Edmonton dan Century Park di selatan Edmonton.[3] Fasa pertama Laluan Metro yang baharu mulakan perkhidmatannya antara kampus Universiti Alberta dan hospital di selatan-tengah Edmonton dan Institut Teknologi Alberta Utara barat laut pusat bandar Edmonton pada tahun 2015, dengan penyambungan jajaran ke utara Edmonton dan bandar sebelah St. Albert dicadangkan untuk masa hadapan.[4] Pembinaan fasa pertama Laluan Valley sepanjang 27km, dari pusat bandar Edmonton ke Mill Woods di tenggara Edmonton, bermula pada musim bunga 2016, dan terdapat pelan jangka panjang untuk kembangkan laluan ini sehingga barat Edmonton.[6][7]

Transit Aliran Ringan Edmonton

Panjang sistem 24.3 km (15.1 mi)[3][4]
Pengelektrikan Talian atas, 600 V AT[5]
Jumlah stesen 18 (& 12 dalam pembinaan)
Bil. penumpang tahunan 87,121,534 (2018)[2]
Tolok landasan 1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in) (tolok piawai)
Lokasi Edmonton, Alberta, Canada
Laman sesawang Edmonton Transit Service
Jenis transit Rel ringan
Peta sistem
Peta sistem

Jumlah laluan/aliran 2 (& 1 under construction)
Pengendali Perkhidmatan Transit Edmonton
Nama asal Edmonton Light Rail Transit
Bil. penumpang harian 110,786 (2018)[1]
Mula beroperasi 22 April 1978

Rujukan

WikiPedia: Transit Aliran Ringan Edmonton http://www.edmonton.ca/city_government/news/2012/h... http://www.edmonton.ca/edmonton-transit-system-ets... http://www.edmonton.ca/transportation/PDF/LRT_for_... http://www.edmonton.ca/transportation/Valley_Line_... http://www.edmonton.ca/transportation/approved_LRT... http://www.edmonton.ca/transportation/ets/future_t... http://www.bechtel.com/newsroom/releases/2016/02/a... http://www.pcl.com/projects/Archived/E30032/index.... http://www.mobility.siemens.com/shared/data/pdf/st... https://www.edmonton.ca/edmonton-transit-system-et...